বিষয়ের পেজ: < [1 2] | Mengapa anda memilih untuk menjadi penterjemah? থ্রেড পোস্টার: yam2u
| Mengapa anda memilih untuk menjadi penterjemah? | Feb 21, 2008 |
Saya memilih untuk menjadi penterjemah kerana saya meminati bidang bahasa.
[Edited at 2008-02-21 07:13] | | | Aniza Borhan মালয়েশিয়া Local time: 06:04 2007 থেকে সদস্য ইংরেজি থেকে মালয় + ... Alhamdulillah... | Feb 21, 2008 |
Salam terutamanya buat Kak Tehsin dan rerakan lain...
Terus-terang saya katakan, saya agak terkedu dengan balasan-balasan awal daripada "otai-otai" yang sedia ada. (En. Razin, boleh guna perkataan "otai"?) Malahan terasa macam dah tak layak nak masuk berforum lagi. Maaf ya, jika saya terasa. Kena minta maaf awal-awal sebab tak tahu apa jadi esok lusa. Tapi saya budak baru dan masih belajar. Kena tebal muka, kena rajin bertanya dan sanggup menerima. Lagipun, saya sendiri yang ... See more Salam terutamanya buat Kak Tehsin dan rerakan lain...
Terus-terang saya katakan, saya agak terkedu dengan balasan-balasan awal daripada "otai-otai" yang sedia ada. (En. Razin, boleh guna perkataan "otai"?) Malahan terasa macam dah tak layak nak masuk berforum lagi. Maaf ya, jika saya terasa. Kena minta maaf awal-awal sebab tak tahu apa jadi esok lusa. Tapi saya budak baru dan masih belajar. Kena tebal muka, kena rajin bertanya dan sanggup menerima. Lagipun, saya sendiri yang akan rugi jika tak berdaya mengawal diri.
Saya berterima kasih pada Kak Tehsin kerana nampaknya saya bukanlah di dunia lain. Masih di dunia yang sama. Untuk berjaya, kena bermula daripada langkah yang pertama. Sebagaimana En. Razin, saya juga amat meminati bahasa. Dan maaf, jika pada awal forum, bahasa saya macam rojak kerana bak kata Kak May, terlalu kaku, tak seronok pula. Sedikit santai apa salahnya. Saya belum "memeluk" sepenuhnya bahasa, jika kenyataan ini boleh diterima. Latar belakang saya adalah produk. Maka, saya perlu belajar untuk menjadi seorang professional bahasa malah sangat ingin mencapai matlamat PHD dalam bidang ini. Tuan Sheikh Mohd. Ghazali yang menggalakkan kami, para pelajar beliau, semasa saya mengambil kursus penterjemahan di ITNM. Katanya berazam untuk jadi PHD - PENTERJEMAH HANDAL DUNIA.
Mungkin cara saya mengutarakan soalan juga kurang tepat. Jadi jawapan-jawapannya juga membuatkan saya terkelat. Ya, saya berusaha memberikan kualiti dan maklum balas yang saya terima, kian hari, makin banyak yang memuji daripada mengeji. Alhamdulillah, tetapi saya masih belum berhenti untuk memperbaiki diri dan tidak akan berhenti memperbaiki diri. Tentang kadar, saya ada sedikit sumbangan kemudian di thread kadar kita.
Alhamdulillah, usaha-usaha saya sebelum ini dan masih lagi belum berhenti, mendaftar, mencari, menghantar, ada hasilnya walaupun belum banyak mana. Alhamdulillah lagi, bermula tahun 2007, rezeki saya lebih baik, berbanding masa saya bermula pada tahun 2006. Pertengahan tahun 2005 saya baru hendak mencari klien.
Kata-kata Kak Tehsin, terutama di perenggan akhir, memberikan saya semangat. Saya sedar, bahawa untuk mendapatkan hasil yang baik, mesti menumpahkan keringat, mesti ada pengorbanan dalam mana-mana segi. Jadi, dari setahun ke setahun, malah mungkin dari musim ke musim, resume saya akan dikemas kini dan kadar saya juga akan bertambah tinggi. Namun, buat sementara waktu, saya perlulah menimba ilmu, pengalaman dan rajin menyertai forum-forum sebegini.
En. Razin, orang baru seperti saya segan untuk mendapat khidmat edit daripada penterjemah berpengalaman; pertamanya kerana perkhidmatan itu tidak diwar2kan atau pun saya ini yang tidak tahu kewujudannya, keduanya, segan kerana takut penterjemah berpengalaman mungkin sibuk dengan kerja-kerja penterjemahan mereka sendiri. Jika yang ini juga saya silap, mohon maaf lagi. Bertanya Kak Ramona dulu pun, beranikan diri saja. Punyalah gembira tak terkata dahulu sebab Kak Ramona membalas dan memberikan jawapan.
Saya juga makin meyakini bahawa saya masih tidak lagi tersilap memilih bidang, . ▲ Collapse | | | yam2u যুক্তরাষ্ট্র সদস্য ইংরেজি থেকে মালয় + ... TOPIC STARTER
Aniza wrote:Saya juga makin meyakini bahawa saya masih tidak lagi tersilap memilih bidang, ![](https://cfcdn.proz.com/images/bb/smiles/icon_smile.gif) .
that's a very healthy attitude to take. good for you!
i don't think any of us who answered you meant to come across as "smashing you". if we sounded stern it's because we are rather critical (at least, i am) of colleagues who accept rock-bottom rates as though they will never ever get decent work if they don't accept those bottom feeding gigs. since we know for a fact this is not really the case, we do tend to dish out tough love.![](https://cfcdn.proz.com/images/bb/smiles/icon_smile.gif)
-may- | | | Ingin berkongsi ilmu | Apr 1, 2008 |
Saya ingin menjadi penterjemah kerana saya ingin berkongsi ilmu. Saya ingin menterjemah buku-buku elektronik, IT dan robotik.
Supaya anak bangsa boleh maju menggunakan bahasa sendiri, seperti India, Jepun, Finland dan sebagainya. | |
|
|
Sama ada midlife crisis atau... | Apr 10, 2008 |
Hehe..itu hanya satu usaha berjenaka..
Apabila saya amati kembali kenapa saya memilih untuk menjadi penterjemah, saya rasa alasannya mungkin boleh disimpulkan sebagai saya akhirnya jatuh cinta dengan Bahasa Melayu. Pada mulanya saya kurang menggunakan bahasa ini, mungkin kerana saya tidak sedar betapa indahnya bahasa ini; apa tidaknya, dengan pihak tertentu memperkenalkan kata seperti infotainmen..seolah-olah bahasa Melayu ini kurang 'lumayan' dengan kosa kata. Namun setelah mengambil kurs... See more Hehe..itu hanya satu usaha berjenaka..
Apabila saya amati kembali kenapa saya memilih untuk menjadi penterjemah, saya rasa alasannya mungkin boleh disimpulkan sebagai saya akhirnya jatuh cinta dengan Bahasa Melayu. Pada mulanya saya kurang menggunakan bahasa ini, mungkin kerana saya tidak sedar betapa indahnya bahasa ini; apa tidaknya, dengan pihak tertentu memperkenalkan kata seperti infotainmen..seolah-olah bahasa Melayu ini kurang 'lumayan' dengan kosa kata. Namun setelah mengambil kursus Terjemahan anjuran ITNM, atas saranan rakan karib saya Siti Zainab, barulah mata dan minda saya terbuka perihal betapa indahnya bahasa ibunda kita ini. Saya dapati saya benar-benar mendapat nikmat apabila melakukan tugasan terjemahan dan atas dasar itu, saya nekad untuk menceburi bidang ini. Bersengkang mata sudah menjadi lumrah kerjaya saya sebagai akauntan sebelum ini..namun saya lebih rela bersengkang mata melakukan sesuatu yang saya minati. Sesungguhnya setelah hampir 20 tahun bertungkus lumus mengimbangi angka, saya sudah mula bosan dengan kerjaya tersebut, maka ketika itulah kerjaya sebagai penterjemah ini Allah hamparkan di atas pangkuan saya sebagai satu nikmat yang amat saya syukuri.
Itulah sedikit sebanyak kenapa saya pilih untuk menjadi penterjemah..harap tak bosan![](https://cfcdn.proz.com/images/bb/smiles/icon_smile.gif) ▲ Collapse | | | Nor Afizah (X) মালয়েশিয়া Local time: 06:04 ইংরেজি থেকে মালয় Hidupkan kembali forum ini! | Jun 21, 2018 |
Assalamualaikum,
Nampaknya thread ini dah berhabuk hampir lebih daripada 10 tahun!
Perkongsian: Saya menjadi penterjemah sejak di bangku kolej yang bermula secara kebetulan. Minat, bakat, potensi bidang ini, panduan daripada beberapa mentor yang betul dan salah serta usaha tanpa jemu yang membawa saya ke tahap sekarang. Seingat saya, harga yang ditetapkan adalah RM2.50 untuk satu muka surat, sekarang sudah mencecah USD 0.12 untuk satu patah perkataan.
Ba... See more Assalamualaikum,
Nampaknya thread ini dah berhabuk hampir lebih daripada 10 tahun!
Perkongsian: Saya menjadi penterjemah sejak di bangku kolej yang bermula secara kebetulan. Minat, bakat, potensi bidang ini, panduan daripada beberapa mentor yang betul dan salah serta usaha tanpa jemu yang membawa saya ke tahap sekarang. Seingat saya, harga yang ditetapkan adalah RM2.50 untuk satu muka surat, sekarang sudah mencecah USD 0.12 untuk satu patah perkataan.
Bagaimana dengan penterjemah yang lain terutamanya yang baru?
[Edited at 2018-06-21 04:37 GMT] ▲ Collapse | | | yam2u যুক্তরাষ্ট্র সদস্য ইংরেজি থেকে মালয় + ... TOPIC STARTER bagus juga langkah pemulihan kecemasan ini! | Jun 21, 2018 |
Nor Afizah Thalhan wrote:
Assalamualaikum,
Nampaknya thread ini dah berhabuk hampir lebih daripada 10 tahun!
Perkongsian: Saya menjadi penterjemah sejak di bangku kolej yang bermula secara kebetulan. Minat, bakat, potensi bidang ini, panduan daripada beberapa mentor yang betul dan salah serta usaha tanpa jemu yang membawa saya ke tahap sekarang. Seingat saya, harga yang ditetapkan adalah RM2.50 untuk satu muka surat, sekarang sudah mencecah USD 0.12 untuk satu patah perkataan.
Bagaimana dengan penterjemah yang lain terutamanya yang baru?
[Edited at 2018-06-21 04:37 GMT]
salam syawal, Nor Afizah!
terkejut beruk saya bila terima emel ini.![](https://cfcdn.proz.com/images/bb/smiles/icon_biggrin.gif)
10 tahun! memang dah berhabuk betul thread ini. tapi nampaknya topik ini masih relevan kerana ramai ahli baru. sekurang2nya mereka boleh ambil peluang ini utk berkenalan.
selamat menterjemah!
-may- | | | বিষয়ের পেজ: < [1 2] | এই ফোরামে নির্দিষ্টভাবে কোন মডারেটর নিয়োগ করা হয়নি। To report site rules violations or get help, please contact site staff » Mengapa anda memilih untuk menjadi penterjemah? TM-Town | Manage your TMs and Terms ... and boost your translation business
Are you ready for something fresh in the industry? TM-Town is a unique new site for you -- the freelance translator -- to store, manage and share translation memories (TMs) and glossaries...and potentially meet new clients on the basis of your prior work.
More info » |
| Anycount & Translation Office 3000 | Translation Office 3000
Translation Office 3000 is an advanced accounting tool for freelance translators and small agencies. TO3000 easily and seamlessly integrates with the business life of professional freelance translators.
More info » |
|
| | | | X Sign in to your ProZ.com account... | | | | | |