Imagine dining in a European capital where you do not know the local language. The waiter speaks little English, but by hook or by crook you manage to order something on the menu that you recognise, eat and pay for. Now picture instead that, after a hike goes wrong, you emerge, starving, in an Amazonian village. The people there have no idea what to make of you. You mime chewing sounds, which they mistake for your primitive tongue. When you raise your hands to signify surrender, they think you are launching an attack.
Communicating without a shared context is hard. For example, radioactive sites must be left undisturbed for tens of thousands of years; yet, given that the English of just 1,000 years ago is now unintelligible to most of its modern speakers, agencies have struggled to create warnings to accompany nuclear waste. Committees responsible for doing so have come up with everything from towering concrete spikes, to Edvard Munch’s “The Scream”, to plants genetically modified to turn an alarming blue. None is guaranteed to be future-proof.
Some of the same people who worked on these waste-site messages have also been part of an even bigger challenge: communicating with extraterrestrial life. This is the subject of “Extraterrestrial Languages”, a new book by Daniel Oberhaus, a journalist at Wired.
Nothing is known about how extraterrestrials might take in information. A pair of plaques sent in the early 1970s with Pioneer 10 and 11, two spacecraft, show nude human beings and a rough map to find Earth—rudimentary stuff, but even that assumes aliens can see. Since such craft have no more than an infinitesimal chance of being found, radio broadcasts from Earth, travelling at the speed of light, are more likely to make contact. But just as a terrestrial radio must be tuned to the right frequency, so must the interstellar kind. How would aliens happen upon the correct one? The Pioneer plaque gives a hint in the form of a basic diagram of a hydrogen atom, the magnetic polarity of which flips at regular intervals, with a frequency of 1,420MHz. Since hydrogen is the most abundant element in the universe, the hope is that this sketch might act as a sort of telephone number. | Bayangkan anda menjamu selera di sebuah ibu negara Eropah dan tidak faham bahasa tempatannya. Pelayan di sana tidak fasih berbahasa Inggeris. Selepas pelbagai usaha, akhirnya anda berjaya memesan sesuatu yang anda kenal dari menu, kemudian makan dan bayar. Sekarang bayangkan pula, anda tersesat dalam pengembaraan dan muncul kelaparan di sebuah desa di Amazon. Penduduknya tidak faham gerak isyarat anda. Anda membuat bunyi mengunyah, tetapi disalah faham sebagai bahasa primitif anda. Apabila anda mengangkat tangan untuk menyerah diri, mereka menganggap anda mahu membuat serangan. Berkomunikasi tanpa konteks yang sama adalah sukar. Contohnya, kawasan radioaktif mesti diawasi berpuluh-puluh ribu tahun. Namun, disebabkan bahasa Inggeris yang digunakan 1,000 tahun lalu tidak difahami oleh kebanyakan penutur zaman moden, pihak agensi mengalami kesukaran dalam memberi amaran tentang sisa nuklear. Pihak berkuasa telah mengambil pelbagai langkah, termasuk pembinaan pagar konkrit tinggi, penggunaan lukisan "The Scream" (Jeritan) daripada Edvard Munch, bahkan tanaman transgenik biru yang menakutkan. Keberkesanannya tidak terjamin selama-lamanya. Sesetengah penyampai mesej kawasan sisa radioaktif turut menghadapi cabaran yang lebih besar, iaitu berkomunikasi dengan makhluk di luar Bumi. Cabaran ini merupakan tema buku baharu "Extraterrestrial Languages" (Bahasa di Luar Bumi) oleh Daniel Oberhaus, seorang wartawan di Wired. Tiada sesiapa tahu cara makhluk luar angkasa memperoleh maklumat. Pada awal tahun 1970-an, kapal angkasa Pioneer 10 dan 11 telah melancarkan dua plak yang masing-masing menunjukkan manusia telanjang dan peta kasar untuk mencari kehidupan asas Bumi, malah dianggap dapat dilihat oleh makhluk asing. Oleh kerana peluang kapal ditemui tipis, siaran radio dari Bumi yang bergerak dengan kelajuan cahaya lebih cenderung digunakan untuk berhubung. Tetapi, seperti radio di Bumi, radio di luar angkasa mesti diselaraskan dengan frekuensi yang betul. Bagaimana makhluk asing mengetahui frekuensi yang betul? Plak Pioneer memberi petunjuk dalam bentuk gambar asas atom hidrogen, iaitu kekutuban magnetik yang berpusing pada selang waktu berkala dengan frekuensi 1,420MHz. Memandangkan hidrogen ialah unsur terbanyak di alam semesta, lakaran ini diharap dapat berfungsi sebagai talian perhubungan. |