Winning entries could not be determined in this language pair.There were 6 entries submitted in this pair during the submission phase. Not enough votes were submitted by peers for a winning entry to be determined.Competition in this pair is now closed. |
Kami tinggal di salah sebuah pangsapuri kecil di kompleks bangunan bertingkat yang menyediakan penginapan kepada beberapa keluarga kelas menengah. Namun, ahli keluarga Felis Domestica yang suka berkunjung ke kompleks kami mungkin melebihi jumlah anggota Homo Sapiens. Hal ini kerana populasi berkaki empat dengan kuku boleh sentut dan boleh bermegah-megah dengan sepupunya (Singa, Harimau, Kucing Liar dan Harimau Oselot) ini tidak takut kepada sesiapa dalam persekitaran kami. Peningkatan populasi kucing yang memiliki sembilan nyawa menjadi gangguan kepada semua orang tetapi menghiburkan ramai. Kucing-kucing ini mempunyai sempadan sendiri di kawasan laluan kami. Kumpulan penangkap tikus di tingkat bawah, tingkat pertama dan tingkat kedua menetap di tingkat masing-masing kecuali semasa kelaparan melintasi batas kawalan dan menyerbu ke dapur. Teres pula dikhaskan untuk kumpulan kucing muda dan kadang-kadang digunakan oleh kumpulan bangsawan Siam untuk menjilati badan dan berjemur. Sebilangan kucing jantan mencari sudut yang selesa untuk tidur tanpa ruang lebihan untuk kucing lain, misalnya di kabin penjaga yang pemiliknya mungkin sedang melelapkan mata. Tuhan telah mengurniakan kucing dua peti suara, iaitu satu untuk berdengkur dan satu lagi untuk mengiau. Kucing yang bersuara soprano membuat semua penghuni di sini terjaga dengan persembahan orkestra nokturnal sempena upacara khas. Sesetengah penghuni yang suka kebersihan berasa marah apabila kucing-kucing kelabu ini mengotori barang-barang mereka. Penghuni yang agresif berasa kucing-kucing ini harus dihalau dengan cambuk. Mereka yang pendamai pula ragu-ragu dan menangguh untuk bertindak. Sememangnya kami tidak tahu siapa yang akan berani mencabar kucing! | Entry #33073 — Discuss 0 — Variant: Not specified
|
Kami tinggal di dalam sebuah pangsapuri kecil di dalam sebuah kompleks bangunan yang bertingkat-tingkat yang menyediakan tempat perlindungan untuk beberapa keluarga kelas pertengahan. Akan tetapi, bilangan kucing domestik (Felis domestica) yang sememangnya gemar tinggal di dalam kompleks kami mungkin melebihi bilangan manusia (Homo sapiens). Ini adalah kerana haiwan berkaki empat berserta kuku yang boleh sentut, yang boleh bermegah bersepupukan anggota familinya – Singa, Harimau, Lynx, dan Oselot, yang tidak takut kepada sesiapa pun di dalam kawasan kami. Bilangan populasi haiwan berkuku yang mempunyai sembilan nyawa ini yang kian bertambah membimbangkan semua orang tetapi juga memberi kelegaan jenaka kepada orang ramai. Kucing-kucing ini yang berada di dalam lorong kami mempunyai sempadan kawasan mereka tersendiri. Mereka yang gemar menangkap tikus akan tinggal di tingkat bawah, tingkat satu dan tingkat dua kecuali apabila mereka lapar dan akan menyerbu ke dalam dapur di luar kawasan mereka. Bahagian teres pula dikhaskan untuk golongan muda dan selalunya digunakan oleh golongan bangsawan daripada keturunan Siam untuk menjilat bulu dan berjemur. Beberapa ekor kucing jantan memilih sudut yang selesa untuk tidur dengan nyaman di mana tidak terdapat ruang untuk kucing tidur, seperti di dalam pondok pengawal, di mana kucing tersebut dijumpai sedang tidur. Tuhan telah memberikan dua peti suara kepada kucing di mana satu adalah untuk bunyi manja dan satu lagi untuk mengiau dan ada beberapa ekor kucing soprano di dalam kawasan kami yang menyebabkan penduduk-penduduk tidak dapat tidur dengan orkestra nokturnal mereka pada hari-hari istimewa mereka. Sebilangan penduduk yang mahukan kebersihan merasa marah apabila kucing-kucing liar ini mengotorkan barang-barang mereka. Mereka yang berani seperti helang di kalangan penduduk berpendapat bahawa kucing-kucing ini harus dihalau keluar. Tetapi, ada di kalangan penduduk yang baik hati seperti merpati memilih untuk tunggu dan lihat hala tuju kucing-kucing tersebut. Jadi, kita tidak tahu siapakah yang akan mengambil tindakan terhadap kucing-kucing ini! | Entry #33238 — Discuss 0 — Variant: Malaysian
|
Kami tinggal di salah sebuah pangsapuri kecil di kompleks bangunan bertingkat yang menempatkan kediaman untuk sejumlah keluarga daripada golongan kelas pertengahan. Akan tetapi, jumlah suku sakat Felis Domestica yang menghuni kompleks bangunan tersebut berkemungkinan melebihi jumlah penghuni asal. Hal ini disebabkan oleh kesemua binatang berkaki empat dengan kuku yang boleh dilekap itu (dan cukup bermegah dengan keluarga sepupu mereka – Singa, Harimau, Lynx dan Ocelot) langsung tidak gentar dengan sesiapa pun di kawasan kediaman ini. Tambahan lagi, peningkatan populasi binatang yang memiliki sembilan nyawa beserta kuku tajam itu sememangnya menghilangkan ketenteraman semua penduduk, tetapi turut mencuit hati orang ramai. Kucing-kucing yang menetap di sini mempunyai peraturan ketat mereka sendiri berkenaan kawasan. Kucing yang mahir menangkap tikus akan mendiami ruang di tingkat bawah, tingkat satu dan tingkat dua. Melainkan apabila mereka kelaparan, kucing-kucing tersebut akan menyelinap masuk ke dapur melebihi had kawasan. Sementara itu, ruangan beranda dikhususkan untuk anak-anak kucing dan kadangkala didiami oleh kucing bangsawan seperti kucing Siam untuk menjilat-jilat tubuhnya dan berjemur di bawah sinaran matahari. Beberapa ekor kucing jantan pula akan mendiami sudut-sudut yang bersesuaian untuk memperoleh tidur yang nyenyak di ruang yang kecil seperti di pondok pengawal, di mana mereka akan menemui pengawal yang sedang tidur-tidur ayam. Kucing-kucing ini telah dianugerahkan Tuhan dengan dua kotak suara untuk menghasilkan bunyi ‘purr’ dan mengiau. Pada malam-malam tertentu, bunyi soprano kucing akan kedengaran di kediaman kami dan menyebabkan semua penduduk terjaga dek orkestra buatan mereka. Sebahagian penduduk yang sering mengelakkan kekotoran tak ubah seperti kucing yang memakai ‘patten’ (menyerupai terompah) berasa sakit hati apabila kucing-kucing kelabu menyepahkan barangan milik mereka. Mereka yang bersifat agresif pula merasakan bahawa kesemua kucing tersebut mesti dihalau menggunakan cemeti berekor sembilan. Akan tetapi, penduduk-penduduk yang terhibur dengan kucing-kucing itu menanti-nantikan aksi lincah mereka yang seterusnya. Apa-apa pun, kami tidak tahu siapa yang akan bertanggungjawab untuk menguruskan kucing-kucing berkenaan! | Entry #33140 — Discuss 0 — Variant: Malaysian
|
Kami menetap di salah satu pangsapuri kecil di dalam bangunan kompleks bertingkat-tingkat yang menyediakan tempat berteduh kepada sebilangan keluarga kelas pertengahan. Namun, ahli keluarga Felis Domestica yang meminati kompleks kami lantas menjangkaui bilangan ahli Homo Sapiens. Disebabkan oleh kuadruped dengan cakar boleh sentut, yang boleh bermegah tentang negara sepupu- Singa, Harimau, Lynx dan Ocelot yang tidak takut akan sesiapa. Peningkatan populasi felin yang mempunyai sembilan nyawa dan berpegang hidup dengan cakarnya mengganggu semua orang tetapi menghiburkan orang ramai. Kucing-kucing di jalanan mempunyai pembatasan yang tegas tentang kawasan mereka. Penangkap tikus di tingkat bawah, pertama dan kedua setia di tingkat masing-masing kecuali kucing yang lapar akan menyerbu ke dapur menyeberangi garis kawalan. Teres itu ditempatkan secara eksklusif kepada si kecil dan kadang kala digunakan oleh bangsawan dari dahulunya negara Siam untuk menjilat badan dan berjemur. Beberapa kucing jantan pergi ke sudut yang selesa untuk tidur apabila tempat itu sangat sempit, seperti di kabin pengawal yang seringkali menemui kucing-kucing tidur ayam. Tuhan telah mengurniakan kucing dengan dua pita suara, satu untuk berdengkur dan satu lagi untuk mengiau dan terdapat beberapa felin soprano di kawasan kami sentiasa mengejutkan penduduk dengan orkestra waktu malam semasa peristiwa istimewa. Beberapa penduduk yang mahu menjadi sebersih kucing berasa jengkel apabila kucing kelabu mengacau barang-barang mereka. Pihak pengganas di kalangan penduduk bertegas bahawa kucing-kucing ini patut dihalau dengan sebatan kucing o sembilan ekor. Namun, pihak pendamai teragak-agak membuat keputusan sehingga perkara itu jelas. Kami tidak tahu sesiapa yang akan dipanggil untuk melakukan perkara yang bahaya! | Entry #32852 — Discuss 0 — Variant: Malaysian
|
Kami tinggal di sebuah pangsapuri kecil di kompleks bangunan bertingkat yang menyediakan kediaman kepada sebilangan keluarga kelas pertengahan. Tetapi, makluk berbulu yang suka bertandang ke kompleks kami mungkin sudah melebihi jumlah manusia yang menghuni kompleks ini. Ini kerana si bulu berkaki empat dengan kuku tajam yang boleh disimpan dan di hunus keluar dari celah jari ini seangkatan dengan sepupu seangkatan mereka yang di banggakan - Singa, Harimau, Kucing Hutan, dan Kucing Liar Afrika tidak takut kepada siapa pun di kawasan ini. Populasi kucing yang semakin meningkat ditambah pula dengan kelebihan mempunya sembilan nyawa ini sangatlah menganggu kebanyakan penduduk tetapi ia juga menjadi penyejuk mata pula kepada sesetengah yang lain. Kucing-kucing ini di kejiranan kami mempunyai wilayah persempadanan mereka sendiri. Di tingkat bawah, tingkat pertama dan kedua, si kucing penangkap tikus merewang di tingkat ini mencari mangsa kecuali bila kelaparan tidak mendapat hasil akan sesekali melewati sempadan ini menerjah ke dapur penghuni pangsapusi. Beranda pula dikhaskan untuk anak-anak kucing dan sesekali digunakan oleh golongan bangsawan si kucing Siam untuk menjilat-jilat bulu dan berjemur. Bagi bapak kucing pula mencari sudut-sudut yang selesa untuk tidur berkeruh di tempat yang biasanya sempit, macam kabin pengawal, di mana bapak kucing mungkin bertembung dengan kucing lain. Tuhan telah mengurniakan kucing-kucing ini dengan dua kotak suara satu untuk berkeruh dan satu lagi untuk mengiau maka dengan pertembungan itu keruhan ngiauan nyaring akan berlaku dan di masa masa tertentu ia akan menyebabkan semua penduduk terjaga dengan orkestra tengah malam itu. Sebilangan penduduk yang pembersih seperti kucing begitu marah apabila si kucing bulus ini menggangu kehidupan mereka. Penghuni yang merasa jelek merasakan bahawa kucing ini harus dihalau keluar dari situ. Tetapi pada penghuni yang sukakan si bulu ini masih mshu menunggu dan lihat apa kan jadi dengan kucing-kucing ini nanti. Walaubagaimanapun kita tidak tahu siapa yang akan manangung akibatnya! | Entry #33259 — Discuss 0 — Variant: Malaysian
|
Kami tinggal di salah satu pangsapuri kecil di kompleks bangunan bertingkat yang menyediakan tempat perlindungan kepada beberapa keluarga kelas pertengahan. Tapi, anggota keluarga Felis Domestica yang telah berpindah ke kompleks kami telah mengatasi bilangan anggota Homo Sapiens. Disebabkan haiwan berkaki empat ini dengan cakar yang boleh menarik balik, yang dapat membanggakan sepupu negara mereka- Singa, Harimau, Kucing Liar seperti Lynxes dan Ocelots tidak takut kepada sesiapa di persekitaran kami. Populasi feline yang semakin meningkat yang mempunyai sembilan nyawa sehingga cakar mereka mengganggu semua orang tetapi memberikan kelegaan komik kepada ramai orang. Kucing-kucing ini di jalan kami mempunyai persempadanan ketat mereka sendiri tentang wilayah. Tingkat bawah, pertama dan tingkat dua, menjadi sarang tikus kecuali yang lapar menyerbu ke dapur di seluruh garisan kawalan. Teres ini dikhaskan untuk anak-anak muda dan kadang-kadang digunakan oleh aristokrat dari Siam untuk menjilat badan dan berjemur. Sesetengah tomcat mencari sudut yang selesa untuk tidur yang membersihkan di tempat-tempat di mana tidak ada ruang untuk swing kucing di, seperti kabin pengawal, di mana mereka mungkin telah menemui rakan-rakan tidur miskin. Tuhan telah menghadiahkan kucing-kucing ini dengan dua kotak suara satu untuk membersihkan dan satu lagi untuk menggiau dan beberapa sopranos feline di kawasan kita memastikan semua penduduk terjaga dengan orkestra noktual mereka pada majlis-majlis khas. Ada di kalangan penduduk yang ingin dibersihkan sebagai corak kuching menjadi kesal apabila kucing-kucing kelabu ini merosakkan barang-barang mereka. Helang di kalangan penduduk amat merasakan bahawa kucing-kucing ini perlu digerakkan dengan ekor kucing o'sembilan. Tetapi burung merpati tidak membuat keputusan untuk menunggu melihat cara kucing melompat. Yah, kita tidak tahu siapa yang akan dipanggil untuk loceng kucing! | Entry #32735 — Discuss 0 — Variant: Not specified
|